Monday, 5 December 2011

Ahli Jawatankuasa JKKKP Kampung Kuala Pai

Organisasi Kuala Pai

Tokoh Tempatan

Nama Tokoh: Tn. Hj. Mohd Taib Yaakob
Tarikh Lahir: 10/03/1941
Asal: Air Hitam,Jerlun
Pendidikan Awal: Pondok Air Hitam. Bergurukan Tn. Hj. Sulaiman Palestin
Jawatan Sekarang:Guru Agama Bebas dan Setiausaha Veteran UMNO Pdg.Terap
Pekerjaan Terdahulu: Penyelia Agama Kemas Daerah
Sumbangan:- Pelapor Pembagunan Kampung si samping En. Abdullah Majid.
- Penggerak generasi muda dan tua dalam mengimarahkan Masjid.
-Pernah memebuka sekolah agama persendirian.
Cogan kata Hidup: Kesempurnaan hidup datangnya dari kejujuran.

Nama Tokoh: Tn Hj. Saat Saman
Tarikh Lahir: 23/02/1940
Asal: Kg. Kerpan,Air Hitam
Pekerjaan: Penoreh Getah,Bilal Masjid Al-Islah,Bekas setiausaha JKKK
Sumbangan: Tempat rujukan,Pembaca doa selain daripada Tuan Imam,Disegani,Seorang yang berdisiplin dan bersifat terus terang.
Cogan kata Hidup:Kesilapan lampau mematangkan perjalanan hidup.

Nama Tokoh: En. Abu Husin
Umur: 56 tahun
Nama panggilan:Pak Long Abu
Pasangan: Pn. Salma Said
Umur: 49 tahun
Pendidikan: Pekan Baru, Indonesia (Ilmu keduniaan dan Al-Quran)
Pekerjaan: Tukang urut bagi pelbagai penyakit seperti patah tulang dan penyakit dalaman.


Nama Tokoh: En. Hamid Darus
Umur: 55 tahun
Nama panggilan: Wahab 17
Pasangan: Pn. Mehyom Osman
Umur: 40 tahun
Pendidikan: Belajar secara berterusan daripada bomoh-bomoh terdahulu.

Pekerjaan: Tukang urut bagi pelbagai penyakit, bomoh hujan.
Pekerjaan lain: Tukang gali kubur, tukang masak dan tukang rumah.




Friday, 2 December 2011

NGO Dalam Kampung

Kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha bagi meningkatkan pendapatan dan perpaduan penduduk. Usaha kerajaan ini dapat diperhatikan dengan adanya KEMAS dan Amanah Ikhtiar yang tidak putus-putus melaksanakan program semata-mata untuk kesenangan dan keselesaan penduduk kampung. Namun begitu, usaha kerajaan tidak akan berjaya jika tidak mendapat sokongan padu daripada badan bukan kerjaan (NGO) kampung. Kami di sini mempunyai beberapa NGO yang sentiasa bergerak aktif dalam menyokong usaha kerajaan. Berikut adalah senarai NGO yang bertanggungjawab dalam menyebarkan perpaduan dan kesejahteraan ke seluruh pelusuk Kampung Kuala Pai.

PEKIDA
Persatuan Belia
RELA
Pakatan Kenduri
Unit Kawalan Malam
Kumpulan Wanita

Program berkala

Walaupun sibuk menguruskan urusan seharian, penduduk Kampung Kuala Pai tidak terkecuali daripada menjalankan program berkala bagi menyambut hari kebesaran agama Islam, tuntutan agama Islam dan juga aktiviti perpaduan. Berikut merupakan sebahagian program berkala yang dijalankan sejak dahulu lagi bagi mengeratkan tali silaturrahim antara penduduk kampung.

Ceramah Israk Mikraj
Sambutan Maal Hijrah
Sambutan Maulidur Rasul
Program memasak bubur asyura
Program memasak bubur lambok semasa bulan Ramadan
Moreh
Gotong royong bersihkan kawasan kampung
Jamuan Hari Raya Aidil Fitri
Takbir Kanak-kanak
Liga bolasepak
Sukaneka
Sumbangan zakat
Sumbangan Aidil Fitri
Korban

Perkhidmatan dan Program Kampung

1. Pusat Amanah Ikhtiar
    Ketua : Pn. Rokiyah Hanafi
    Ahli    : 85 orang
    Operasi  : Setiap hari Jumaat
    Anjuran  : Amanah Ikhtiar Malaysia

2. Pusat masakan dan jahitan
    Ketua : Pn. Saadiah Shuib
    Ahli    : 15 orang
    Operasi  : Setiap hari Khamis
    Anjuran  : KEMAS Daerah Padang Terap

3. Bengkel kraftangan
    Ketua : En. Naser Ariffin
    Ahli    : 20 orang
    Anjuran  : KEMAS Daerah Padang Terap

4. Nasyid dan marhaban
    Ketua : Pn. Embon Shafie
    Ahli    : 10 orang
    Operasi  : Jemputan ketika kenduri dan majlis rasmi

5. Kumpulan Muzik D Aras
    Ketua : En. Abd Aziz Bahari
    Ahli    : 10 orang
    Operasi  : Majlis rasmi dan jemputan kenduri
                  : Pernah mengiringi artis terkenal seperti Allahyarham Ahmad Jais, Lan Pet-pet dan Mydin.
    Tajaan  : YB Dato' Syed Sobri Syed Hashim

 6. Unit Kawalan Malam
    Ketua : En. Md Kharis Bakar
    Ahli    : 80 orang
    Operasi  : Setiap malam dari jam 12.00 hingga 5.00 pagi

7. Kumpulan Bacaan Yassin (Wanita)
    Ketua : Pn. Noridah Majid
    Ahli    : 40 orang
    Operasi  : Setiap hari Jumaat jam 3.00 hingga 5.00 petang

8. Perkhidmatan Awam
    Teksi     : En. Misbahauddin Mohd Taib, En. Ismail Yahya
    Lori      : En. Abd Majid Awang Chan, En. Rashid Awang Chan
    Peralatan Kenduri  : JKKKP Kg Kuala Pai

Usahawan Kampung

Seperti yang telah dinyatakan dalam post yang terdahulu, terdapat 3% penduduk yang menyara kehidupan melalui perniagaan. Berikut merupakan senarai usahawan-usahawan yang menjalankan perniagaan di dalam Kampung Kuala Pai.

Kedai Jahit           : Pn. Azura Mohd Nasron, Pn. Suhaizat Razak
Kedai Runcit        : En. Shuib Hj Saad, En. Azmi Bahari, Pn. Liza Mat, En. Nasir Hamid
Kedai Makan       : Pn. Liza Abdullah, En. Misbahauddin Muhd Taib, Pn. Rohani Harun
Bengkel Motorsikal   : En. Sahdan Omar, En. Norizan Othman, En. Isham Radzi
Bengkel Besi        : En. Nordin Ahmad
Pemprosesan Ayam   : En. Sidek Ayop
Mesin Pertanian    : En. Ismail Harun, En. Shukri Ahmad
Penternak Lembu  : En. Johari Ahmad, En. Liza Abdullah
Penternak Ayam    : En. Md Zawawi Nan
Tukang Urut         : En. Abu Hussain, En. Hamid Darus
Kuari Pasir           : En. Mohd Radzi Ahmad
Lemang Asli          : En. Abd Aziz Bahari, En. Sofian Abu Kassim, En. Ibrahim Saad

Penduduk Kampung

Penduduk asal Kampung Kuala Pai petah berbahasa Melayu dan Siam dan patuh mengamalkan ajaran agama Islam. Terdapat 186 pintu rumah dan jumlah penduduk seramai 612 orang menjadikan Kampung Kuala Pai sebuah kampung yang majmuk dan sejahtera.

Corak penempatan di sini adalah secara selari iaitu berderet-deret di sepanjang jalan utama dan jalan kecil di seluruh kampung. Terdapat juga penempatan berselerak mengikut kedudukan kebun getah dan sawah padi.

35% peratus penduduk bekerja sebagai pesawah, 47% sebagai penoreh getah, 12% sebagai pekerja am, 3% bekerja sebagai peniaga dan selebihnya berkhidmat dalam sektor swasta dan kerajaan.

Thursday, 1 December 2011

Lokasi Kampung Kuala Pai

Terletak di utara Daerah Padang Terap, bersempadan dengan Daerah Kubang Pasu yang dipisahkan oleh Sungai Padang Terap. Hanya 27 KM dari Bandar Alor Setar, Kampung Kuala Pai meliputi pelbagai bentuk mukabumi seperti kawasan landai yang sesuai untuk tanaman padi, buah-buahan dan juga kawasan berbukit yang sesuai untuk tanaman getah.

Dengan keluasan sekitar 24 KM persegi, terdapat beberapa kampung kecil di dalam Kampung Kuala Pai itu sendiri. Kampung kecil yang dimaksudkan adalah Kampung Charok Malau, Kampung Paya Kelubi, Kampung Abau, Kampung Bukit Kerbau Berguling dan Kampung Perupok.

Sila klik pautan di bawah untuk lokasi sebenar Kampung Kuala Pai.