Kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha bagi meningkatkan pendapatan dan perpaduan penduduk. Usaha kerajaan ini dapat diperhatikan dengan adanya KEMAS dan Amanah Ikhtiar yang tidak putus-putus melaksanakan program semata-mata untuk kesenangan dan keselesaan penduduk kampung. Namun begitu, usaha kerajaan tidak akan berjaya jika tidak mendapat sokongan padu daripada badan bukan kerjaan (NGO) kampung. Kami di sini mempunyai beberapa NGO yang sentiasa bergerak aktif dalam menyokong usaha kerajaan. Berikut adalah senarai NGO yang bertanggungjawab dalam menyebarkan perpaduan dan kesejahteraan ke seluruh pelusuk Kampung Kuala Pai.
PEKIDA
Persatuan Belia
RELA
Pakatan Kenduri
Unit Kawalan Malam
Kumpulan Wanita
No comments:
Post a Comment