Penduduk asal Kampung Kuala Pai petah berbahasa Melayu dan Siam dan patuh mengamalkan ajaran agama Islam. Terdapat 186 pintu rumah dan jumlah penduduk seramai 612 orang menjadikan Kampung Kuala Pai sebuah kampung yang majmuk dan sejahtera.
Corak penempatan di sini adalah secara selari iaitu berderet-deret di sepanjang jalan utama dan jalan kecil di seluruh kampung. Terdapat juga penempatan berselerak mengikut kedudukan kebun getah dan sawah padi.
35% peratus penduduk bekerja sebagai pesawah, 47% sebagai penoreh getah, 12% sebagai pekerja am, 3% bekerja sebagai peniaga dan selebihnya berkhidmat dalam sektor swasta dan kerajaan.
No comments:
Post a Comment