Terletak di utara Daerah Padang Terap, bersempadan dengan Daerah Kubang Pasu yang dipisahkan oleh Sungai Padang Terap. Hanya 27 KM dari Bandar Alor Setar, Kampung Kuala Pai meliputi pelbagai bentuk mukabumi seperti kawasan landai yang sesuai untuk tanaman padi, buah-buahan dan juga kawasan berbukit yang sesuai untuk tanaman getah.
Dengan keluasan sekitar 24 KM persegi, terdapat beberapa kampung kecil di dalam Kampung Kuala Pai itu sendiri. Kampung kecil yang dimaksudkan adalah Kampung Charok Malau, Kampung Paya Kelubi, Kampung Abau, Kampung Bukit Kerbau Berguling dan Kampung Perupok.
Sila klik pautan di bawah untuk lokasi sebenar Kampung Kuala Pai.
Salam, boleh tahu x, alamat atau nombir telefon paklong abu, untuk urut patah tulang?
ReplyDelete